Semak Semua Bantuan Yang Anda Layak — Dalam 1 Minit
Jawab 9 soalan ringkas. Kami padankan profil anda dengan bantuan kerajaan persekutuan dan negeri yang sedang dibuka — lengkap dengan jumlah, tarikh tutup dan pautan permohonan rasmi.
- 73
- bantuan dipantau
- 7 Sep 2026
- kemas kini terakhir
- 100%
- sumber rasmi
🔒 Semakan dibuat terus dalam pelayar anda, tanpa nama dan tanpa nombor IC. Jawapan disimpan hanya jika anda pilih untuk simpan profil selepas ini.
Bagaimana ia berfungsi
- 1
Jawab 9 soalan ringkas
Tanpa nama, tanpa nombor IC — hanya profil umum seperti negeri dan julat pendapatan.
- 2
Kami padankan dengan 73 bantuan
Syarat kelayakan setiap bantuan disemak terus dalam pelayar anda, secara automatik.
- 3
Mohon terus di laman rasmi
Setiap padanan disertakan pautan permohonan rasmi agensi — kami bukan orang tengah.
Kenapa percaya kami?
Semak Bantuan ialah alat bebas oleh ecentral.my — portal panduan kewangan & bantuan yang dipercayai jutaan rakyat Malaysia setiap bulan.
- 55M+
- Jangkauan sebulan
- 1.2M+
- Pengikut media sosial
- 3.4M
- Pengguna laman web
merentas semua platform
Facebook, TikTok, Instagram & YouTube
pembaca aktif ecentral.my
Rujukan penuh
Senarai Penuh Bantuan Kerajaan 2026
Senarai 73 bantuan kerajaan persekutuan dan negeri dalam pangkalan data kami, disusun ikut kategori. Setiap satu disemak secara berkala — tarikh pengesahan tertera pada setiap bantuan. Gunakan alat semakan di atas untuk melihat mana yang sepadan dengan profil anda.
Bantuan Tunai12 bantuan
- Bantuan Kanak-Kanak (BKK)Jabatan Kebajikan Masyarakat
Bantuan bulanan JKM kepada keluarga atau penjaga kanak-kanak, pada kadar RM250 bagi kanak-kanak berumur 6 tahun ke bawah dan RM200 bagi umur 7 hingga 18 tahun, tertakluk maksimum RM1,000 sebulan.
RM200–RM250 seorang sebulan; maksimum RM1,000 sebulan · Permohonan dibuka · Disahkan 7 Ogos 2026
- Sumbangan Tunai Rahmah (STR)LHDN / Kementerian Kewangan
Bantuan tunai utama kerajaan persekutuan untuk isi rumah, ibu/bapa tunggal, warga emas dan bujang berpendapatan rendah. Jumlah ikut kategori dan bilangan anak.
Isi rumah RM200–RM2,200 setahun; warga emas tiada pasangan RM600; bujang dibayar melalui SARA (mengikut jadual STR 2026) · Permohonan dibuka · Disahkan 8 Ogos 2026
- Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS)Kerajaan Sarawak
Bantuan Kerajaan Sarawak 2026 kepada penerima STR 2026 (anak Sarawak kad “K” menetap di Sarawak) untuk beli barangan makanan asas; nilai RM375–RM1,100 mengikut kategori, disalur tiga fasa; tiada permohonan baharu—tuntutan melalui S Pay Global.
Isi rumah RM1,100; bujang RM375; warga emas RM600 (SKAS 2026) · Permohonan dibuka · Disahkan 8 Ogos 2026
- Bantuan Mengurus Jenazah (BMJ)Kumpulan Wang Persaraan (KWAP)
Bantuan untuk urus jenazah kes kematian pesara
RM3,000 / seorang · Permohonan dibuka · Disahkan 7 Ogos 2026
- Bantuan Anak Pelihara (BAP)Jabatan Kebajikan Masyarakat
Bantuan kewangan bagi membantu kanak-kanak yatim, yatim piatu atau tanpa saudara-mara terus tinggal bersama keluarga pelihara, serta meringankan tanggungan keluarga tersebut.
RM250 sebulan seorang kanak-kanak; maksimum RM500 sebulan sekeluarga · Permohonan dibuka · Disahkan 6 Ogos 2026
- Program Bantuan Ibu TunggalKerajaan Negeri Pulau Pinang
Bantuan ini untuk ibu tunggal yang membesarkan anak tanpa pasangan sama ada akibat perceraian atau kematian suami.
RM100 / setahun · Permohonan dibuka · Disahkan 6 Ogos 2026
- Bantuan Ibu Bersalin (BIB)Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak (KPWK)
Bantuan tunai RM450 kepada ibu warganegara Malaysia yang mempunyai MyKad Sarawak berstatus “K”, atau isteri kepada warga Sarawak berstatus “K”, bagi meringankan beban selepas bersalin.
RM450 / setiap kelahiran · Permohonan dibuka · Disahkan 6 Ogos 2026
- Bantuan Am Persekutuan (BA)Jabatan Kebajikan Masyarakat
Bantuan bulanan JKM kepada individu atau keluarga kurang berkemampuan dan berkeperluan di Wilayah Persekutuan untuk kelangsungan serta kesejahteraan hidup dalam komuniti.
RM150 – RM500 sebulan sekeluarga · Permohonan dibuka · Disahkan 8 Ogos 2026
- Sumbangan Asas Rahmah (SARA)Kementerian Kewangan
Kredit MyKad bulanan automatik kepada penerima STR 2026 untuk beli barangan asas di kedai berdaftar; kadar RM50–RM200 sebulan mengikut kategori STR/eKasih selama 12 bulan (berasingan daripada SARA Untuk Semua one-off RM100).
RM50–RM200 sebulan (RM600–RM2,400 setahun) mengikut kategori STR dan status eKasih · Permohonan dibuka · Disahkan 8 Ogos 2026
- Inisiatif Bantuan Mangsa Serangan Hidupan Liar (BMH)Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN)
Bantuan kewangan one-off kepada warganegara Malaysia yang cedera akibat serangan hidupan liar dilindungi, atau waris bagi kematian akibat serangan tersebut.
Bantuan kewangan one-off (kadar tidak dinyatakan dalam FAQ rasmi BMH) · Permohonan dibuka · Disahkan 10 Ogos 2026
- Mama KerjaEXCO Pembangunan Wanita & Kebajikan Masyarakat, Kerajaan Negeri Selangor
Bantuan RM1,000 kepada wanita bekerja di Selangor yang mempunyai anak berumur 6 tahun ke bawah bagi meringankan kos penjagaan anak di taska atau pusat penjagaan.
RM1,000 · Permohonan dibuka · Disahkan 13 Ogos 2026
- Bantuan Kasih JohorKerajaan Negeri Johor
Inisiatif kebajikan rasmi Kerajaan Negeri Johor di bawah Belanjawan Johor 2026 yang diumumkan oleh Menteri Besar Johor
RM150 - RM5,000 (ikut kategori) · Akan dibuka · Disahkan 7 Ogos 2026
Pendidikan25 bantuan
- Bantuan Awal Persekolahan (BAP)Kementerian Pendidikan Malaysia
Bantuan tunai secara one-off sebanyak RM150 pada awal tahun kepada murid warganegara Malaysia di sekolah dan institusi pendidikan yang layak.
RM150 setiap murid · Permohonan dibuka · Disahkan 31 Ogos 2026
- Baucar Buku eKasih Kementerian Pendidikan Malaysia
Bantuan bernilai RM300 dalam bentuk e-baucar bagi membolehkan penerima membeli buku rujukan dan akademik.
RM300 / seorang · Permohonan dibuka · Tutup 30 September 2026 · Disahkan 11 Jun 2026
- Skim Bantuan Tadika Selangor (TUNAS)Kerajaan Negeri Selangor
Bantuan yuran tadika RM50 sebulan oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk anak berumur 5 dan 6 tahun, disalurkan terus kepada tadika berdaftar; isi rumah RM5,000 ke bawah, lahir/mastautin dan pengundi Selangor.
RM50 / bulanan · Permohonan dibuka · Disahkan 8 Ogos 2026
- Bantuan Pendidikan (BAKTIDESA) KKDWKementerian Kemajuan Desa dan Wilayah
Bantuan kewangan sekali beri (one-off) melalui program BAKTIDESA bagi membantu persediaan memasuki institusi pendidikan yang diiktiraf, termasuk SBP, MRSM, matrikulasi dan IPTA.
RM500 (sekolah) / RM1,000 (IPTA) · Permohonan dibuka · Disahkan 12 Jun 2026
- Bantuan Persediaan Yayasan Terengganu (BPYT)Kerajaan Negeri Terengganu
Bantuan persediaan pendidikan kepada pelajar anak Terengganu yang layak di peringkat sekolah menengah terpilih, prauniversiti dan universiti.
RM500, RM750 atau RM1,000 mengikut peringkat; tambahan RM300 bagi pengajian di Sabah atau Sarawak · Permohonan dibuka · Disahkan 7 Ogos 2026
- Bantuan Sara Hidup Mahasiswa Anak Negeri SembilanKerajaan Negeri Sembilan dan Yayasan Negeri Sembilan
Inisiatif Kerajaan Negeri Sembilan dan Yayasan Negeri Sembilan untuk menyokong serta memudahkan pembelajaran anak-anak Negeri Sembilan.
RM200 sebulan / (RM2400 setahun) · Permohonan dibuka · Disahkan 7 Ogos 2026
- FLYsiswaKementerian Pengangkutan Malaysia
Bantuan subsidi tiket penerbangan untuk pelajar institusi pendidikan awam bagi perjalanan domestik antara Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Labuan.
RM400 / one-off · Permohonan dibuka · Tutup 30 November 2026 · Disahkan 7 Ogos 2026
- Baucar Buku MADANI 2026Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT)
Inisiatif untuk membantu pelajar mendapatkan bahan bacaan dan buku rujukan bagi tujuan pembelajaran.
RM100 (baucar) · Permohonan dibuka · Disahkan 24 Ogos 2026
- Bantuan Komputer Riba Anak Negeri SembilanYayasan Negeri Sembilan
Bantuan komputer riba untuk pelajar Negeri Sembilan daripada golongan asnaf dan B40 bagi menyokong pembelajaran dalam talian.
Komputer Riba percuma · Permohonan dibuka · Disahkan 7 Ogos 2026
- Bantuan Am Pelajaran IPTMajlis Agama Islam Negeri Sembilan
Bantuan awal kemasukan ke pusat pengajian untuk pelajar yang menerima tawaran di IPT
Mengikut tahap pendidikan · Permohonan dibuka · Tutup 30 November 2026 · Disahkan 6 Ogos 2026
- Bantuan Awal IPTMajlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang
Inisiatif khas MUIP bagi membantu pelajar Pahang yang menerima tawaran melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di dalam atau luar negara.
RM400 - RM5,000 · Permohonan dibuka · Tutup 30 November 2026 · Disahkan 6 Ogos 2026
- Bantuan Dermasiswa Pengajian Tinggi (BDPT)Lembaga Zakat Selangor
Bantuan tajaan pendidikan tinggi Lembaga Zakat Selangor (MAIS) kepada pelajar asnaf yang layak di institusi pengajian yang diiktiraf.
Yuran pengajian, elaun persediaan kemasukan IPT dan tiket penerbangan (jika berkenaan) · Permohonan dibuka · Disahkan 6 Ogos 2026
- Bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM)Kementerian Pendidikan Malaysia
Bantuan kepada murid warganegara Malaysia Tahun 1 hingga Tingkatan 5 yang layak melalui dua komponen: Bantuan Am Persekolahan (BAmP) dan Bantuan Kecemasan (BK).
BAmP: RM100 sekolah rendah / RM150 sekolah menengah; BK: RM300 · Permohonan dibuka · Disahkan 7 Ogos 2026
Bantuan secara one-off berdasarkan peringkat pengajian kepada pelajar bagi membuat persediaan sebelum melanjutkan pelajaran ke IPT dalam dan luar negara.
Dalam negara: RM300 sijil, RM500 diploma, RM1,000 ijazah sarjana muda; luar negara: RM1,500–RM2,500 diploma dan RM3,000–RM5,000 ijazah sarjana muda mengikut kategori negara · Permohonan dibuka · Tutup 30 November 2026 · Disahkan 24 Ogos 2026
- Bantuan Awal Kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi (BAKIPT)Kerajaan Negeri Kedah
Bantuan yang disediakan oleh kerajaan negeri Kedah bagi membantu pelajar di negeri tersebut melanjutkan pengajian ke IPT.
RM300 / one-off · Permohonan dibuka · Tutup 31 Oktober 2026 · Disahkan 31 Ogos 2026
- Skim Permulaan IPT Majlis Agama Islam Pulau PinangMajlis Agama Islam Pulau Pinang
Bantuan pendidikan MAINPP untuk meringankan perbelanjaan awal kemasukan ke IPT dalam dan luar negara bagi Muslim warganegara yang bermastautin tetap di Pulau Pinang sekurang-kurangnya 12 bulan.
Sijil/Matrikulasi/Tingkatan 6 RM800; Diploma Vokasional RM900; Diploma RM1,000; Ijazah Sarjana Muda RM1,200; IPT luar negara RM2,500 · Permohonan dibuka · Tutup 31 Disember 2026 · Disahkan 8 Ogos 2026
- Best! Anak Penang (SIKBMPP)Perbadanan Pembangunan Belia Pulau Pinang (PYDC)
Insentif Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada belia berumur 15 hingga 30 tahun yang mencapai kejayaan dalam pertandingan akademik atau kokurikulum di peringkat kebangsaan atau antarabangsa.
Minimum RM200 (peringkat kebangsaan) atau RM300 (peringkat antarabangsa) bagi peserta berpasukan · Permohonan dibuka · Disahkan 10 Ogos 2026
- Program Dermasiswa B40 (DB40)Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
Dermasiswa JPA untuk lepasan SPM 2025 daripada keluarga B40 melanjutkan pengajian Diploma di UA, Politeknik, TVETMARA dan ILKA terpilih dalam negara.
Dermasiswa JPA (kadar tidak dinyatakan dalam iklan DB40 2026) · Permohonan dibuka · Tutup 16 Ogos 2026 · Disahkan 17 Ogos 2026
- Bantuan Kewangan Pelajar Orang Kurang Upaya (BKOKU)Kementerian Pendidikan Tinggi
Bantuan kewangan pengajian untuk pelajar OKU di institusi pengajian tinggi: yuran, elaun sara hidup dan keperluan khas.
RM3,100 setiap semester (6 bulan) · Permohonan ditutup · Tutup 19 Jun 2026 · Disahkan 7 Ogos 2026
- Inisiatif Makmur Pahang Kluster SiswaKerajaan Negeri Pahang
Bantuan dan sokongan Kerajaan Negeri Pahang untuk meringankan beban kewangan serta menyokong kebajikan dan pendidikan mahasiswa anak Pahang.
RM400 / seorang · Permohonan ditutup · Tutup 30 Jun 2026 · Disahkan 7 Ogos 2026
- Skim Bantuan Pendaftaran IPT Dalam NegaraMajlis Agama Islam Negeri Johor
Bantuan zakat MAINJ untuk anak kelahiran dan menetap di Johor bagi yuran/pendaftaran kemasukan Semester Pertama ke IPT dalam negara (Sijil/Asasi/Matrikulasi, Diploma, Ijazah Sarjana Muda), dengan pendapatan per kapita keluarga tidak melebihi RM800.
RM500 - RM1500 · Permohonan ditutup · Tutup 15 Julai 2026 · Disahkan 8 Ogos 2026
- Biasiswa & Dermasiswa Yayasan KuokKuok Foundation Berhad
Inisiatif yang diwujudkan oleh Yayasan Kuok bagi membantu pelajar Universiti Awam.
RM 17,000 - RM18,000 (bergantung kepada kursus yang diikuti) · Permohonan ditutup · Tutup 15 Julai 2026 · Disahkan 7 Ogos 2026
- Skim Bantuan Dermasiswa Pendidikan MAINJMajlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ)
Bantuan dermasiswa MAINJ untuk pelajar anak kelahiran dan menetap di Johor yang melanjutkan pengajian di institusi diiktiraf di Mesir dan Jordan, tertakluk syarat asnaf/Had Al Kifayah dan tanpa penajaan lain.
Mengikut tahap pendidikan · Permohonan ditutup · Disahkan 7 Ogos 2026
- Skim Bantuan Komputer Riba (MAINJ)Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ)
Bantuan komputer riba RM2,500 kepada pelajar Islam Diploma/Ijazah Sarjana Muda sepenuh masa di IPT yang menetap di Johor, dengan baki sekurang-kurangnya 3 semester dan pendapatan per kapita keluarga RM800 ke bawah.
RM2,500 / komputer riba · Permohonan ditutup · Tutup 30 Jun 2026 · Disahkan 7 Ogos 2026
- Bantuan Am Persekolahan Tingkatan 6Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)
Bantuan yang disediakan oleh MAIWP kepada calon-calon yang mendapat keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi melanjutkan pengajian ke Tingkatan 6.
Tidak dinyatakan oleh MAIWP · Permohonan ditutup · Tutup 17 Julai 2026 · Disahkan 31 Ogos 2026
Kesihatan & Perubatan4 bantuan
- Bantuan Sihat Selangor (BSS)Kerajaan Negeri Selangor
Bantuan kos rawatan, pembedahan dan peralatan perubatan untuk rakyat Selangor kurang berkemampuan, meliputi katarak, pembedahan kecil, prostetik kaki palsu, rawatan Tibi dan lain-lain rawatan.
Sehingga RM5,000 mengikut kategori; katarak sehingga RM1,200 dan Tibi sehingga RM800 · Permohonan dibuka · Disahkan 7 Ogos 2026
- Skim Perlindungan Takaful B40 (mySalam)Kementerian Kewangan
Perlindungan takaful percuma: pampasan RM8,000 untuk 50 penyakit kritikal dan elaun hospital RM50/hari untuk golongan B40.
RM8,000 (penyakit kritikal) / RM50 sehari, maksimum 14 hari atau RM700 setahun (hospitalisasi) · Permohonan dibuka · Disahkan 8 Ogos 2026
- Skim PeKa B40Kementerian Kesihatan / ProtectHealth
Inisiatif KKM melalui ProtectHealth: saringan kesihatan percuma, bantuan alat perubatan sehingga RM20,000, insentif siap rawatan kanser RM1,000 dan insentif tambang sehingga RM1,000 untuk penerima STR dan pasangan berumur 40 tahun ke atas; tiada pendaftaran khas.
Saringan kesihatan percuma; alat perubatan sehingga RM20,000; insentif kanser RM1,000; insentif tambang sehingga RM1,000 · Permohonan dibuka · Disahkan 8 Ogos 2026
- Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/Pesakit Kronik Terlantar (BPT)Jabatan Kebajikan Masyarakat
Bantuan RM500 sebulan kepada penjaga OKU atau pesakit kronik terlantar, pesakit kronik tidak terlantar yang memerlukan rawatan berterusan, atau pesakit layak tanpa penjaga.
RM500 / sebulan · Permohonan dibuka · Disahkan 7 Ogos 2026
Perumahan6 bantuan
- Program Perumahan Rakyat (PPR)Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT)
Sewaan rumah mampu milik serendah RM124/bulan (atau pemilikan) untuk isi rumah berpendapatan rendah.
Sewa serendah RM124/bulan · Permohonan dibuka · Disahkan 7 Ogos 2026
- Skim Bantuan Sewa Kediaman Sarawak (SRAS)Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) Sarawak
Bantuan kewangan khas sebanyak RM200 sebulan untuk membantu golongan berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40) menangani kos sewaan rumah yang tinggi.
RM200 / sebulan · Permohonan dibuka · Disahkan 8 Ogos 2026
- Rumah Mampu Milik Kelantan (RMMK)Kerajaan Negeri Kelantan
Bantuan untuk rakyat Kelantan memiliki rumah sendiri pada harga mampu milik.
Harga rumah mampu milik · Permohonan dibuka · Disahkan 12 Jun 2026
- Program Rumah Perakku Prihatin Yayasan PerakYayasan Perak
Pinjaman perumahan tanpa faedah kepada golongan B40 untuk membina rumah pertama di atas tanah sendiri atau dengan kebenaran tuan tanah.
Harga rumah, ansuran bulanan, dan jangka masa bayaran balik pinjaman adalah tertakluk kepada pihak Yayasan Perak. · Permohonan dibuka · Tutup 30 September 2026 · Disahkan 7 Ogos 2026
- Skim Bantuan Deposit dan Bayaran Balik Perumahan (HDRAS)Kerajaan Negeri Sarawak
Bantuan rumah pertama Sarawak untuk pembeli B40/M40: sama ada bantuan deposit tunai sehingga RM10,000, atau subsidi bayaran balik RM200 sebulan sehingga 48 bulan; meliputi pembelian daripada pemaju berdaftar atau bina atas tanah sendiri melalui SPK/SPS.
Sehingga RM10,000 bantuan deposit; ATAU subsidi bayaran balik RM200 sebulan sehingga 48 bulan · Permohonan dibuka · Disahkan 7 Ogos 2026
- Inisiatif Perumahan Veteran ATMJabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV), Kementerian Pertahanan
Bantuan bina baharu atau baik pulih rumah untuk Veteran ATM yang daif dan tidak berkemampuan, tertakluk kepada syarat pendapatan di bawah PGK serta pemilikan rumah atau tanah yang sesuai.
Bina baharu: RM55,000 Semenanjung, RM60,000 Sabah atau RM65,000 Sarawak; baik pulih: hingga RM17,000 Semenanjung atau RM20,000 Sabah/Sarawak · Permohonan dibuka · Disahkan 10 Ogos 2026
Pekerjaan & Pendapatan7 bantuan
- i-Saraan KWSPKWSP
Insentif padanan kerajaan untuk pekerja sendiri dan penggiat gig yang mencarum secara sukarela ke KWSP.
Padanan 20% sehingga RM500 setahun · Permohonan dibuka · Disahkan 17 Ogos 2026
- Projek Khas Ekonomi (PKE) - Bantuan Alatan Pulau PinangKerajaan Negeri Pulau Pinang (Pejabat Daerah dan Tanah)
Bantuan alatan perniagaan bernilai RM3,000 kepada usahawan kecil, peniaga mikro dan individu berpendapatan rendah (B40) di Pulau Pinang yang merupakan warganegara Malaysia, pengundi dan bermastautin di Pulau Pinang serta menjalankan perniagaan secara aktif. Permohonan melalui borang di Pejabat Daerah dan Tanah.
RM3,000 (bantuan alatan) · Permohonan dibuka · Disahkan 7 September 2026
- Geran Modal Pemerkasaan Wanita Sarawak (JWKS)Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak (JWKS)
Geran one-off berbentuk peralatan perniagaan bernilai RM2,000 kepada usahawan wanita Sarawak berumur 18 tahun ke atas (pemegang kad pengenalan berstatus K atau isteri pemegang K) yang berniaga dan berpendapatan isi rumah di bawah RM4,849. Permohonan dalam talian melalui laman web JWKS.
RM2,000 (peralatan perniagaan, one-off) · Permohonan dibuka · Disahkan 7 September 2026
- Tabung Usahawan Wanita Sejahtera Negeri Kedah (TUWS)Kerajaan Negeri Kedah (Portfolio Kebajikan, Wanita, Keluarga & Masyarakat dan Perpaduan)
Bantuan one-off RM500 (semasa; tunai RM500–RM1,000 atau modal peralatan mengikut peruntukan) kepada wanita warganegara Malaysia yang menetap di Kedah dan menjalankan perniagaan kecil-kecilan, dengan pendapatan isi rumah di bawah garis kemiskinan (PGK Kedah RM2,271 sebulan).
RM500 one-off (semasa); tunai RM500–RM1,000 atau peralatan · Permohonan dibuka · Disahkan 7 September 2026
- Program Bantuan Peralatan Blueprint Pembasmian Kemiskinan Negeri SelangorUnit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor
Bantuan peralatan/mesin perniagaan sehingga RM10,000 (bukan tunai) kepada peniaga kecil Selangor berumur 25 tahun ke atas daripada individu/isi rumah berpendapatan bawah RM3,000 sebulan, bagi meningkatkan pendapatan melalui perniagaan sedia ada. Permohonan melalui borang di Pejabat Daerah dan Tanah Negeri Selangor.
Sehingga RM10,000 (peralatan/mesin) · Permohonan dibuka · Disahkan 7 September 2026
- Dana Pelancongan Belia (Melaka)Kerajaan Negeri Melaka (UPEN / Bahagian Promosi Pelancongan)
Insentif baharu RM500,000 untuk 200 belia berumur 20–35 tahun di Melaka memulakan perniagaan berkaitan pelancongan, warisan, seni dan budaya (contoh: jualan cenderamata, pemandu pelancong), dengan bantuan sehingga RM10,000 seorang. Diumumkan 10 Ogos 2026; permohonan melalui UPEN atau Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) Melaka.
Sehingga RM10,000 seorang (200 penerima) · Permohonan dibuka · Disahkan 7 September 2026
- Geran Usahawan Perak Sejahtera (GeRAK)Sekretariat Usahawan Negeri Perak (STeP)
Geran one-off sehingga RM2,000 (mengikut sebutharga) kepada usahawan informal, mikro dan kecil di Perak yang berdaftar SSM di negeri Perak dengan nilai jualan tahunan tidak melebihi RM150,000, untuk meningkatkan produktiviti perniagaan. Permohonan dalam talian melalui sistem STeP.
RM2,000 one-off (mengikut sebutharga) · Permohonan dibuka · Disahkan 7 September 2026
OKU3 bantuan
- Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU)Jabatan Kebajikan Masyarakat
Elaun galakan bulanan untuk OKU berdaftar yang bekerja atau bekerja sendiri dengan pendapatan tidak melebihi had ditetapkan.
RM450/bulan · Permohonan dibuka · Disahkan 7 Ogos 2026
- Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB)Jabatan Kebajikan Masyarakat
Bantuan bulanan untuk OKU berdaftar yang disahkan tidak berupaya bekerja dan berpendapatan rendah.
RM300/bulan · Permohonan dibuka · Disahkan 7 Ogos 2026
- Bantuan Rahmah Insan Istimewa (BRAIS)Yayasan Insan Istimewa Selangor (YANIS)
Bantuan untuk OKU dan keluarga yang menjaga ahli keluarga istimewa bagi meringankan beban serta menyokong keperluan harian.
RM120–RM3,000 mengikut kategori; maksimum RM5,000 sekeluarga secara one-off · Permohonan ditutup · Tutup 22 Jun 2026 · Disahkan 7 September 2026
Warga Emas2 bantuan
- Program Penghargaan Warga EmasKerajaan Negeri Pulau Pinang
Sumbangan tahunan untuk warga emas Pulau Pinang berumur 60 tahun ke atas yang berdaftar dengan program i-Sejahtera.
RM200 setahun · Permohonan dibuka · Disahkan 7 Ogos 2026
- Bantuan Warga Emas (BWE)Jabatan Kebajikan Masyarakat
Bantuan RM600 sebulan kepada warga emas berumur 60 tahun ke atas yang memerlukan bantuan kewangan untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup dalam komuniti.
RM600/bulan · Permohonan dibuka · Disahkan 7 Ogos 2026
Lain-lain14 bantuan
- i-Suri KWSPKWSP / Kementerian Pembangunan Wanita
Caruman insentif kerajaan ke akaun KWSP suri rumah yang berdaftar dalam eKasih, untuk simpanan persaraan.
Insentif sehingga RM300 setahun · Permohonan dibuka · Disahkan 31 Ogos 2026
- Khairat Darul EhsanYayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) / Kerajaan Negeri Selangor
Khairat kematian RM1,000 kepada waris ahli KDE berdaftar yang terdiri daripada rakyat Selangor berumur 50 tahun ke atas atau OKU tanpa had umur.
RM1,000 khairat kematian · Permohonan dibuka · Disahkan 24 Ogos 2026
- Program Suri EmasKerajaan Negeri Pulau Pinang
Program ini mensasarkan wanita yang mengurus rumah tangga sepenuh masa tanpa pendapatan tetap
RM100 / setahun · Permohonan dibuka · Disahkan 7 Ogos 2026
- Bantuan Teksi dan Bas SekolahKerajaan Negeri Pulau Pinang
Insentif untuk pemandu teksi dan pengendali bas sekolah yang menjalankan perkhidmatan di Pulau Pinang, berdaftar dengan APAD dan PERKESO/SKSPS serta berdaftar sebagai pengundi Pulau Pinang.
RM600 / setahun · Permohonan dibuka · Disahkan 7 Ogos 2026
- Baucar Kita SelangorKerajaan Negeri Selangor
Baucar RM100 sebulan selama 6 bulan kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana untuk pembelian barang keperluan asas seperti makanan dan runcit.
RM100 sebulan selama 6 bulan; jumlah keseluruhan RM600 · Permohonan dibuka · Tutup 31 Disember 2026 · Disahkan 24 Ogos 2026
- Insentif Perkahwinan Kali PertamaKerajaan Negeri Pahang
Insentif RM300 kepada pasangan yang layak dan berkahwin kali pertama, dengan pemohon ialah pengantin lelaki berpendapatan RM5,000 ke bawah.
RM300 / pasangan · Permohonan dibuka · Disahkan 7 Ogos 2026
- Bantuan Ihsan Kematian (BIK)Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak
Bantuan kewangan kepada waris pemegang Kenyalang Gold Card (KGC) yang layak apabila mereka meninggal dunia.
RM1,800 / waris yang layak · Permohonan dibuka · Disahkan 24 Ogos 2026
- Permata Makmur PahangKerajaan Negeri Pahang
Sumbangan RM300 bagi setiap kelahiran di Pahang, terdiri daripada RM250 simpanan SSPN Prime dan RM50 barangan bayi.
RM300 bagi setiap kelahiran (RM250 Simpan SSPN Prime + RM50 barangan bayi) · Permohonan dibuka · Disahkan 7 Ogos 2026
- Skim Bantuan Gerbang Az-ZiwaajKerajaan Negeri Kelantan
Skim Bantuan Perkahwinan untuk rakyat Kelantan bagi pasangan yang ingin berkahwin
RM1000 / one-off · Permohonan dibuka · Disahkan 7 Ogos 2026
- Skim Air Darul Ehsan (SADE)Kerajaan Negeri Selangor
Rebat air percuma sehingga 20 meter padu sebulan untuk isi rumah Selangor berpendapatan RM6,000 dan ke bawah dengan meter kediaman individu.
Rebat air percuma sehingga 20 meter padu sebulan · Permohonan dibuka · Disahkan 7 Ogos 2026
- Bantuan Bayi Baru Lahir Negeri SembilanPejabat Menteri Besar Negeri Sembilan
Inisiatif Kerajaan Negeri Sembilan untuk membantu ibu bapa memulakan simpanan pendidikan anak sejak lahir.
RM100 / seorang bayi · Permohonan dibuka · Disahkan 24 Ogos 2026
- Walimatulurus Perdana 2026Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT)
Program perkahwinan beramai-ramai Kerajaan Negeri Terengganu untuk pasangan yang memenuhi syarat pendapatan, status perkahwinan dan pemastautin/rakyat negeri.
Pakej perkahwinan; caruman penyertaan RM1,000 dipulangkan kepada setiap pasangan terpilih · Permohonan dibuka · Tutup 23 Ogos 2026 · Disahkan 10 Ogos 2026
- Skim Bantuan Kebajikan dan Pendidikan JHEV ATMJabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) ATM
Skim payung JHEV ATM merangkumi bantuan sara hidup, persekolahan, IPT, peralatan pesakit dan bencana/kecemasan untuk veteran ATM, balu/waris dan keluarga.
Mengikut jenis bantuan dalam skim payung JHEV · Permohonan dibuka · Tutup 30 September 2026 · Disahkan 24 Ogos 2026
- Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS)Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS)
Simpanan berkelompok untuk anak kelahiran Selangor yang didaftarkan; dibayar apabila anak mencapai umur 18 tahun.
RM1,500 (dituntut pada umur 18 tahun) · Permohonan ditutup · Disahkan 17 Ogos 2026
Soalan lazim
Yang Sering Ditanya
Adakah ini laman rasmi kerajaan?
Tidak. Semak Bantuan ialah alat bebas yang disediakan oleh ecentral dan tidak mewakili mana-mana agensi kerajaan. Semua permohonan dibuat terus di laman rasmi agensi berkenaan — kami hanya membantu anda mencari bantuan yang sepadan.
Adakah data saya disimpan semasa semakan?
Hanya jika anda pilih. Padanan dibuat sepenuhnya dalam pelayar anda dan tiada apa-apa disimpan semasa semakan. Selepas keputusan, anda boleh simpan profil dengan e-mel (pengesahan kod 6 digit) supaya lawatan seterusnya tidak perlu jawab semula — profil itu disimpan dengan selamat dan boleh dipadam bila-bila masa. Kuki analitik (Google Analytics, Meta Pixel) hanya melihat corak penggunaan secara agregat, bukan jawapan anda. Butiran penuh dalam Notis Privasi.
Adakah keputusan semakan ini jaminan kelayakan?
Tidak. Keputusan adalah panduan berdasarkan syarat umum yang diterbitkan oleh agensi. Kelulusan muktamad ditentukan oleh agensi kerajaan berkenaan — sila sahkan syarat penuh di laman rasmi sebelum memohon.
Bantuan apa yang disemak oleh alat ini?
Sebanyak 73 bantuan kerajaan persekutuan dan negeri, termasuk STR, SARA, bantuan JKM, bantuan pendidikan, perubatan dan bantuan negeri seperti Selangor dan Pulau Pinang. Senarai penuh tersedia di bahagian "Senarai Penuh Bantuan Kerajaan".
Berapa kerap maklumat bantuan dikemas kini?
Setiap bantuan disemak secara berkala dengan sumber rasmi, dan tarikh "Disahkan" tertera pada setiap satu. Kemas kini terakhir pangkalan data: 7 September 2026.
Adakah perkhidmatan ini percuma?
Ya, percuma sepenuhnya — tanpa yuran dan tanpa syarat langganan. Log masuk adalah pilihan (hanya untuk simpan profil); keputusan penuh dipaparkan kepada semua pengguna.